FAQ
Kami menawarkan pelbagai latihan termasuk latihan teknikal (elektrik, elektronik), kemahiran insaniah (soft skills), pemasaran digital, teknologi maklumat, kepimpinan & pengurusan sumber manusia, serta industri kreatif seperti reka bentuk grafik, fotografi dan videografi.
Ya. Kertas Putih Training & Consulting merupakan penyedia latihan yang berdaftar dengan HRD Corp. Kebanyakan kursus kami adalah HRD Corp Claimable Course, yang membolehkan organisasi menuntut kos latihan melalui levi HRD Corp.
Tenaga pengajar kami terdiri daripada jurulatih berpengalaman, berkelayakan profesional dan diiktiraf HRD Corp. Mereka juga mempunyai latar belakang industri serta pengalaman sebenar dalam bidang kepakaran masing-masing.
Boleh. Kami menyediakan latihan berasaskan keperluan (custom-made training) yang direka khusus mengikut sektor, jabatan atau organisasi. Latihan ini merangkumi gabungan teori, praktikal dan simulasi bagi memastikan hasil pembelajaran yang berimpak tinggi dan relevan.
Latihan boleh dijalankan secara in-house di premis pelanggan, di lokasi yang dipersetujui, ataupun secara online menggunakan platform digital. Kami fleksibel dalam penyampaian bagi memastikan keselesaan serta keberkesanan pembelajaran peserta.
This website uses cookies to provide you with the best browsing experience.